Versi 2008 Perodua_MyVi

Spesifikasi enjin


1.0 L EJ-VE I3

  • Sistem pancitan bahan api elektronik (EFI)
  • Sistem Pemanasan Injap Boleh Laras Dinamik (DVVT)
  • Jumlah penggantian: 989 cc
  • Keluaran maks.: 43 kW (58.5 PS; 57.7 hp) @ 6000 rpm
  • Tork maks.: 88 N·m (65 lb·ft) @ 3200 rpm
  • Muatan tangki bahan api: 40 L (11 US gal; 9 imp gal)


1.3 L K3-VE I4

  • Sistem pancitan bahan api elektronik (EFI)
  • Sistem Pemanasan Injap Boleh Laras Dinamik (DVVT)
  • Jumlah penggantian: 1298 cc
  • Keluaran maks.: 64 kW (87.0 PS; 85.8 hp) @ 6000 rpm
  • Tork maks.: 116 N·m (86 lb·ft) @ 3200 rpm
  • Muatan tangki bahan api: 40 L (11 US gal; 9 imp gal)

Pada 22 Ogos 2008, Perodua Myvi versi baru dilancarkan dengan menampilkan perubahan pada kekisi depan, bampar depan, bonet, bampar belakang, rim aloi, warna dan reka bentuk papan pemuka, pemain MP3/WMA dan fabrik tempat duduk. Model 1.3 Premium pula turut dilengkapi kaca perlindungan UV yang baru, pelaras ketinggian tempat duduk, dan juga sistem audio baru dengan ciri-ciri USB dan Bluetooth.[3]

"Edisi Khas" Perodua Myvi SE baru ini juga dilancarkan pada 10 Oktober 2008 dengan bampar yang baru, lampu belakang yang jernih, lampu puncak gelap, papan pemuka ambar, tempat duduk kulit, dan pemain cakera padat 2-DIN dengan sokongan MP3, WMA, USB dan Bluetooth sebagai ganti unit bersepadu. Ia hanya terdapat dengan enjin 1.3L dengan transmisi manual atau automatik.[4]

Sambutan


Pelancaran Perodua Myvi menandakan kali pertama Perodua bersaing sengit dengan Proton, pembuat kereta kebangsaan Malaysia yang pertama yang memperkenalkan Proton Savvy yang setanding kelasnya ketika itu.

Myvi 1.3 mengetepikan saingan Proton Savvy 1.2, untuk menjadi "Car of the Year 2005/2006" oleh majalah tempatan Autocar ASEAN. Akhbar kewangan tempatan The Edge Daily melaporkan bahawa jualan Myvi jauh melampaui jangkaan awalnya dan menerima sambutan yang amat hangat semenjak diperkenalkan pada bulan April.

Proton Savvy yang mulai dipasarkan beberapa bulan selepas keluarnya Myvi tidak menjejaskan jualan Myvi. Setelah mengambil kira permintaan yang besar untuk Myvi, penjualan kenderaan dan bahagian pasaran Perodua naik mendadak pada tahun 2006.

Ulasan

Richard Hammond, seorang pengacara Top Gear di BBC, memandu uji sebuah kereta Myvi,[5] dan nampaknya berasa kagum. Ulasnya, walaupun mencedok Daihatsu Sirion, namun reka bentuknya diubah sedikit supaya nampak lebih cantik dan berbaloi untuk kereta berharga bawah £7,000 kerana mampu berjalan 50 batu segelen dan mudah dikawal seperti Toyota Yaris.

Bagaimanapun, rakan sejawat Hammond dalam Top Gear, Jeremy Clarkson tidak berkenan dengan brek, pemanduan, tempat duduk dan dalaman sehingga mengulas bahawa "inilah kereta untuk dipandu dengan muka masam".

Kajian oleh J.D. Power & Associates pada tahun 2009 menyaksikan kereta MyVi menduduki tempat teratas kerana mutu awalnya dari segi pemilikan kenderaan baru dalam kategori kereta padat.[6]

Rujukan

WikiPedia: Perodua_MyVi http://www.bernama.com/bernama/v5/newsbusiness.php... http://www.motortrader.com.my/NUS/articles/article... http://www.perodua.com.my/myvi http://www.dsf.my/2018/05/vehicle-of-the-year-2018... http://paultan.org/2011/01/12/perodua-achieves-rec... http://paultan.org/2011/06/16/2011-perodua-myvi-fu... http://paultan.org/archives/2008/08/22/new-perodua... http://paultan.org/archives/2008/10/10/2008-perodu... http://www.mirror.co.uk/news/motoring/hammond/tm_m... https://evomalaysia.com/2019-cars-of-malaysia-resu...